Uqasha Bimbang Gemuk Selalu Makan Jajan

PETALING JAYA – Menghitung hari untuk naik pelamin bergelar raja sehari, pelakon cantik, Uqasha Senrose kini dihimpit rasa gusar gara-gara kebimbangan mengenai berat badannya yang naik mendadak ekoran tabiatnya yang suka menikm4ti makanan ringan ketika ini.

Uqasha bagaimanapun memberitahu, dia sudah lama teringin untuk menikm4ti manisan yang dijual oleh peniaga-peniaga dalam talian, namun niat tersebut sedikit terganggu memandangkan pada masa sama risau memikirkan kondisinya berat badan yang sukar untuk diturunkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Sebenarnya dah lama dah craving (mengidam) nak makan benda ni, tapi duk fikir-fikir takut naik badan.

“Sudahlah tak berapa lama dah kan (tarikh nikah), nak turunkan berat badan susah pula kan. Tapi tak mengapalah, tak boleh tahan kena juga cuba.

“Saya tak akan makan banyak-banyak, cuma untuk lepas gian sahaja orang cakap,” katanya dalam beberapa untaian video InstaStory yang memaparkan dirinya sedang menikm4ti makanan ringan dengan wajah penuh gembira.

Menerusi hantaran sama, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, berjanji untuk tidak makan lebih daripada dua sudu dan hanya ingin melepaskan keinginan yang tertahan selama ini sahaja.

Difahamkan, produk manisan coklat yang menggunakan jenama Sweet & Coco tersebut merupakan produk yang diusahakan Uqasha bersama tunangnya, pelakon, Kamal Adli.

Pasangan yang bertunang pada pada 4 April lalu itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan di sebuah pusat per4nginan tanah tinggi Jun lalu, namun terpaksa menunda hasrat tersebut gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan ekoran p4ndemik yang meruncing.

Sehingga kini, baik Uqasha mahupun Kamal, masing-masing belum mengumumkan sebarang tarikh untuk melangsungkan pernikahan mereka.

Terdahulu, nama pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu dikec4m hebat susulan melakukan sun­tingan sekeping gambar untuk kelihatan lebih ideal, montok dan berlekuk yang dimuat naik dalam Instagramnya sekitar Julai lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.kosmo.com.my/

Be the first to comment on "Uqasha Bimbang Gemuk Selalu Makan Jajan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*