Gantung sumbangan makanan di pagar

BANDUNG – Bagi meringankan beb4n penduduk yang terkesan ak1bat wab4k koron4v1rus (Cov1d-19), seorang guru di sini menghulurkan bantuan dengan menggantung bungkusan bahan makanan di pagar rumahnya untuk mereka yang memerlukan.

Menerusi Tribun News, Dwi Fitria Ambarina menggantungkan enam hingga 12 bungkusan berisi sayuran atau bahan masakan makanan setiap hari di pagar rumahnya itu.

Beliau yang juga guru bimbingan kaunseling (BK) dari SMA Negeri 4 Cimahi melahirkan rasa syukur apabila melihat wajah gembira penduduk ketika mengambil sumbangan tersebut.

“Saya gembira bila lihat mereka senyum. Sebagai membalas sumbangan itu, mereka telah mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga,” ujarnya.

Dwi menceritakan, penduduk di kampungnya sangat beradab dan toleransi.

“Bila nampak saya mereka akan minta izin, jika tidak, mereka sekadar mengucap terima kasih sahaja dari luar rumah.

“Saya amat bersyukur kerana semua sayuran itu habis,” katanya.

Menurut Dwi, dalam situasi wab4k Cov1d-19, ekonomi negara tidak memberangsangkan mengakibatkan ramai hil4ng pekerjaan.

“Kita juga tidak tahu keadaan ekonomi sesebuah keluarga. Walaupun rumah mereka cantik, belum tentu sumber pendapatan mereka kukuh.

“Ini kerana mereka yang mengambil makanan bukan sahaja golongan memerlukan tetapi terdapat juga golongan pertengahan.” katanya.

Selain dari sayuran, Dwi juga menyediakan keperluan harian seperti telur, beras dan bahan masakan.

Sebelum ini, kisah penuh inspirasi tular di laman sosial hingga mendorong pengguna Facebook lain melakukan perkara sama di lokasi kejiranan mereka.

Walaupun dianggap hanya sumbangan kecil tetapi ia tetap besar maknanya kepada sesebuah keluarga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

sumber: SH/Pisang Daily

Be the first to comment on "Gantung sumbangan makanan di pagar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*