Tertiipu dengan janji manis, Che Mat buat lap0ran polis pada Ogy Ahmad Daud

SELEPAS tidak mampu lagi bertolak ansur dengan penerbit yang juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat membuat lap0ran di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, hari ini.

Ia berikutan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater komedi ser4m, Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut Che Mat yang juga pelakon teater itu, pihaknya berasa terti1pu dengan janji manis Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

“Sebelum teater ini dipentaskan saya sudah menerima 30 peratus bayaran dijanjikan manakala 30 peratus akan diberikan sehari sebelum hari pementasan dan selebihnya pada 16 Mac.

“Malangnya, pada hari pertama pementasan Ogy memohon maaf kerana tidak dapat membayar mengikut perjanjian kontrak. Mengenangkan reputasi dan namanya yang dikenali ramai dalam industri seni masing-masing berdiam diri dan meneruskan teater itu.

“Bagaimanapun, ketika menunggu tarikh yang dijanjikan iaitu pada 16 Mac untuk menerima baki bayaran penuh, Ogy masih memberi alasan dan seakan men1ipu saya dan pelakon lain. Malah dia pula terasa dim4lukan apabila dikatakan dipe3rli oleh segelintir pelakon dan kru dalam kumpulan WhatsApp itu sedangkan mereka hanya tidak sabar menunggu baki bayaran penuh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Mat, Ogy ada membuat pembayaran RM1,000 kepada beberapa pelakon dan berjanji melunaskan baki bayaran semalam.

“Disebabkan kegagalan itu dan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ia menyukarkan kami untuk berjumpa dan berbincang.

“Pun begitu, saya dan beberapa pelakon lain dihubungi Ogy yang sudah memasukkan duit RM1,000 dan maklumkan baki akan dibayar pada 30 April iaitu semalam.

“Sekali lagi apa yang dijanjikan hanya cakap kosong dan saya sudah tidak dapat bertahan lagi. Lap0ran ini dibuat sebab rasa tert1ipu selain mahu menuntut baki bayaran,” katanya.

Che Mat berkata, sepanjang 18 tahun terbabit dalam dunia teater ini adalah pengalaman terburuk pernah dilaluinya apabila terpaksa meminta hak yang sepatutnya dibayar mengikut perjanjian.

“Ketika menyertai teater ini saya terpaksa menolak beberapa tawaran teater yang datang kerana ingin memberikan sepenuh komitmen.

“Akibat daripada situasi yang berlaku ini sumber kewangan saya terjejas hingga menyukarkan diri untuk membayar beberapa komitmen dan perbelanjaan untuk keluarga.

“Saya bukan nak raih simpati orang tapi saya sekadar menuntut hak saya saja. Dalam keadaan PKP ini saya akui mengalami kesukaran untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan.

“Saya tak suka nak meminta sumbangan orang. Biarlah saya bekerja keras untuk membahagiakan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ogy ketika dihubungi berkata, sehingga kini dia tidak putus usaha untuk melunaskan baki bayaran kepada barisan pelakon dan kru produksi teater itu.

“Lap0ran yang dibuat mereka adalah kes sivil dan bukannya jen4yah. Saya tidak bnuh sesiapa.

“Apa yang boleh saya cakap sehingga sekarang saya tidak putus berusaha untuk membayar baki bayaran kepada mereka yang terjejas.

“Hut4ng wajib dibayar dan saya memang nak bayar duit mereka cuma duit yang ada tidak mencukupi.

“50 peratus hasil penjualan tiket saya bayar untuk pembinaan set dan audio serta pencahayaan. Duit hasil jualan tiket saya tak ambil langsung,” katanya.

Tambah Ogy, dia cuba untuk mendapatkan pinjaman bank namun usaha terbabit gagal.

“Saya cuba buat pinjaman bank tapi tidak diluluskan. Malah, saya juga cuba pinjam daripada beberapa pihak, tapi semua orang takut beri pinjaman dalam keadaan sekarang.

“Meskipun ditudvh pendvsta, saya telan. Saya tak dididik untuk buat semua itu. Saya terima ini sebagai ujian dan akan terus berusaha sebab nak sambut Aidilfitri.

“Ada yang tudvh kata duit tiket sudah dapat tapi tak nak langsaikan hut4ng. Individu itu tidak tahu cerita sebenar dan main tulis saja.

Itu satu fitn4h.

“Saya tidak melarikan diri atau menukar nombot telefon. Malah saya tak keluar daripada kumpulan Whatsapp itu pun. Adakah itu tanda orang meni1pu atau nak lari?

“Saya tahu selepas pementasan saya patut bayar bayaran kedua dan 16 Mac sudah selesai semua bayaran. Setiap hari saya akan maklumkan kepada mereka fasal terpaksa tangguh bayaran ini,” katanya.

Selain Che Mat, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HM/Media Viral

Be the first to comment on "Tertiipu dengan janji manis, Che Mat buat lap0ran polis pada Ogy Ahmad Daud"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*