Tekanan Dar4h Tinggi, Acong Dikejarkan ke Zon Kuning

Penyanyi, pelakon dan pelawak Acong dimasukkan ke zon kuning Hospital Ampang pada petang Khamis (semalam), selepas tekanan dar4hnya naik terlalu tinggi.

Isteri Acong, Marya Zuraida ketika dihubungi Gempak berkata, dia membawa Acong ke klinik selepas suaminya itu mengadu sakit kepala.

“Ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari Astro, ada rakaman ‘throwback Gegar Vaganza’. Acong kata dia sakit kepala.

“Saya terus bawa ke klinik, sebab kalau ikut Acong dia mahu pulang makan Panadol sahaja di rumah. Mujur saya berkeras dan bawa juga dia ke klinik.

“Di klinik doktor terus rujuk Acong ke bahagian kecem4san Hospital Ampang kerana tekanan dar4hnya terlalu tinggi,” katanya.

Tambah Marya lagi, selepas beberapa jam di zon kuning Acong dipindahkan ke wad biasa selepas tekanan d4rahnya turun.

“Selepas pemeriksaan di wad kec3masan, doktor putuskan untuk masukkan Acong di wad zon kuning terlebih dahulu.

“Alhamdulillah daripada tekanan darahnya lebih 250, selepas dipantau doktor ia turun kepada 123 dan dipindahkan ke wad biasa.

“Apa pun saya bersyukur kerana bertindak cepat dengan membawa suami ke klinik. Saya bimbang kerana dia memang selalu mengadu sakit kepala,” katanya.

Dalam pada itu Marya sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan suaminya itu.

“Terima kasih kepada yang mendoakan Acong. Insha-Allah Acong tak apa-apa, cuma perlu berehat,”katanya.

Terdahulu, Marya telah memuat naik berita mengenai suaminya itu di laman sosial Facebook (FB) dan perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai kenalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Tekanan Dar4h Tinggi, Acong Dikejarkan ke Zon Kuning"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*