Anak-anak ibarat kain putih yang masih suci dan orang dewasa yang akan mencorakkannya. Gelagat mereka yang sangat tulus dengan pelbagai ragam kadang-kadang mampu membuatkan orang lain terhibur. Sama seperti gelagat anak selebriti kesayangan ramai ini.
Baru-baru ini rakaman gelagat anak TokTi iaitu Aafiyah tular di sosial media. Gelagat Aafiyah yang semakin membesar ini membuatkan ramai terhibur, apatah lagi apabila ibunya sendiri iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, turut menyakat anaknya ini.
Video asal yang dimuatnaik oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau ramai memanggilnya Tokti di Instagram kemudiannya dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter.
Video yang dikongsikan semula oleh pengguna Twitter dengan nama akaun IniAlannn itu telah meraih perhatian ramai. Berikut adalah video yang dikongsikan olehnya:
Dah susun, dah kemas pun still kena marah dengan Tokti lagi. Dah takdak idea nak kemas macam mana dah, last2 dia menangis ja terus 😂😂😂 Comelnya Aafiyahh oiii pic.twitter.com/fgl1P2MATL
— Alania Ramadhani Al Suhoor (@IniAlannn) April 28, 2020
Alahai comel dan bijak sangat Aafiyah ya! Sibuk bermain baju-baju, akhir sekali menangis sebab tidak tahu cara mahu mengemaskannya semula. Video berdurasi 1 minit 13 saat itu meraih lebih 200 ribu tontonan dan 15 ribu retweets serta 14,400 likes.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman gelagat anak TokTi ini di ruangan komen seperti berikut:
“Part ni comel betul Aafiyah. Aafiyah macam apa lagi ibu ni hahaha”
“Tapi dia faham setiap arahan ibu dia cakap. Cara dia jawab semua pun jelas. Alahai bijaknya dia”
“Artis lain beriya speaking dengan anak masing-masing sampai tahap anak tu tak fasih bahasa sendiri. Siti chill aje guna BM”
Sumber: Twitter IniAlannn
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook
Sumber : HCL/Tube Viral Press
Be the first to comment on "[VIDEO] Gelagat Anak TokTi Curi Tumpuan, Bijak Dan pandai Sangat ni!"